Ayah disisi ibu menunggu kelahiran.
Nikmati tangisan
Lalu azan di telinga kanan.
Iqamat di telinga kiri.
Ukirkan kalimah tauhid kanvas dihati.
Lalu bermulalah kembara anak di alam dunia.
Satu kembara yang panjang.
Bagi mereka yang alpa,masa terbuang sia sia.
Satu kembara yang pendek.
Bagi mereka yang cerdik,masa akan terisi dengan baik.
Si ayah susah payah berkerja.
Mencari rezeki untuk keluarga.
Membanting tulang selagi bernyawa.
Menuturkan bahasa kasih dan sayang.
Ayah berbicara bukan dengan perkataan.
Bukan juga dengan lisan.
Bahasa cinta ayah ialah dukungan dan pembelaan.
Ayah bukan tidak punya cinta.
Bukan juga rasa gembira.
Sibuk mencongak perbelanjaan.
Bahasa cinta ayah melalui tindakan.
Ibu tidak seperti itu.
Ibu mampu meluahkan.
Bicara yang tidak menjemukan.
Leteran,ingatan dan kerisauan.
Bolih jadi berjela jela panjang.
Cinta ibu diluahkan dan diletuskan.
Melalui bujukan kemarahan dan belaian.
Namun ayah tidak begitu.
Ayah hanya berada di belakang tadbir ibu.
Kalau kita jauh ayah jarang buat panggilan
Ibu yang lebih kerap lakukan.
Tapi ayah yang mengingatkan.
Supaya membuat panggilan.
Ayah kadangkala kelihatan keras.
Ayah melatih tampa letih.
Kita dibimbing tampa jerih
Jika ada orang yang paling risau
Ayah lah orangnya.
Kita tidak faham erti disebalik kekejamannya.
Sedangkan atas kebimbanganya.
Itu lah ayah bertindak begitu.
Agar ketika dia tiada nanti.
Mampu menyelamatkan diri sendiri.
Bila pulang sekolah bawa laporan peperiksaan.
Yang memberangsangkan.
Ayah menyambutnya dengan selamba.
Pujian yang diharap tidak kedengaran.
Namun Hati Kita kemudian terubat.
Ayah membanggakan kita didepan ibu.
Tampa disedari kita dengar pujian.
Rupanya ayah
memuji dalam sembunyi.
Pujiannya bagai menyiram air keatas benih.
Tidak terlalu banyak,nanti benih mati terhenyak.
Tidak terlalu sedikit,nanti benih mati kehausan.
Ayah punya cara sendiri untuk memuji.
Tiba saat berpisah kita perlu meninggalkan.
Ayah menemani kita di perhentian.
Kita lihat wajah ibu mendung menitis air mata.
Namun ayah masih begitu begitu jua.
Menghulurkan tangan kita mencuimnya.
Ayah berpaling dan pamitan.
Ketika wajah ibu masih merenung di kejauhan.
Dengan lambaian tangan yang sangat sayu pandangan.
Ayah pula terus kehadapan.
Seolah olah tidak tergores oleh perpisahan.
Namun berminggu minggu kemudian.
Rahsia ibu membocorkan.
Ayahlah paling kerap menjengah bilik tidor,katil kita
tinggalkan.
Menyebut makanan kesukaan.
Ayah jadi seorang perindu kata ibu.
Itulah ayah yang kesedihan dan kesunyian.
Tetapi tidak mempamirkan.
Cinta bukan dilukis oleh warna yang bolih di sentuh mata.
Tetapi hanya dapat dibaca oleh rasa.
Rindu ayah tidak kurang dahsyatnya,rindu ibu.
Tetapi ayah lebih mampu menyembunyikan.
Sewaktu kita hidup berbagai kesusahan
Ayah datang disisi
dengan pelbagai bantuan.
Ayah tidak akan pernah meninggalkan
Ketika hilang keyakinan dan kepercayaan.
Ayah tetap berdiri memberi sokongan.
Dialah jeneral yang terus berpesan.
Kepada kita perwiranya.
Anakku…
Kamu hanya kalah dalam satu pertempuran.
Bukan dalam satu peperangan.
Kata itu si anak bangkit untuk mencipta kemenanggan.
Ketika diajak makan besar direstoran mewah.
Menyambut kejayaan anak.
Ayah mengingatkan kepada ikan kering,pucuk paku,pucuk
ubi.
Yang menjadi juadah kita dikampong.
Ketika kakinya melangkah ke banglo vila anaknya.
Yang terserangam gagah,ayah bertanyakan.
Tentang cangkul,sabit untuk meratakan
Dan menebas lalang.
Anak bertanya mengapa ayah..?
Tidak kah ayah suka dengan kejayaan.
Anak lupa baca peringatan ayah.
Ayah mengingatkan tentang nilai kasih dan sayang.
Pengkorbanan dan persaudaraan.
Agar jangan dihakis oleh kemewahan,duniawi.
Semakin tua ayah semakin tersirat.
Mengingatkan kita tentang ukrawi.
Apabila ayah pergi.
Pentas kasih sayang itu jadi kosong.
Kehilangan suara yang jarang kedengaran.
Hilang tangan kasar yang penuh kasih.
Wajah budinya,dan renungan matanya.
Belitan urat di lengan kendurnya.
Rindu ini pilu ingin bertemu kembali.
Tidak sempat kita balas ayah pun pergi.
Biarlah dia beristirahat disana.
Sebagai anak berharap dan berdoa.
Semoga bertemu ayah di syurga.
Pujian jarang diluahkan.
Kebanggaan ada kalanya tidak bersuara.
Bersyukur kepada Allah dengan mengasihi ayahmu
Selagi ayah mu masih ada.
Tanjung puteri
28022014
No comments:
Post a Comment