Asalamualaikum

Asalamualaikum

Monday, 3 August 2015

Batu nisan bisu..



Hening malam yang menjadi saksi
Sungguh kerdil diri ini
Dengan urusan duniawi
Izinkan dikongsi puisi ini

Sinar surya bersembunyi
Dendangan camar bernyanyi
Semua penulis akan mati.
Hanya karyanya yang akan terus abadi
Kebahagiaan diakhirat nanti

Saat nama tertulis di batu nisan
Hinaan tidak pernah mematikan
Tetapi sanjungan menghancurkan
Menitip sekilas bukti kekuasaan

Dengan secebis doa kutadahkan
Setinggi kasih kupanjatkan
Bersama waktu dan usia ku
Ketika semburat nafsu
Menelikung angkara murkaku

Diri ini hina dan fakir
Tak berdaya  takala dilempar
Kesudut lahat liang kubur
Pengemis dilapang luas mashyar

Ketika izrail mendampingi ku
Kelak terlihat tempat terakhir bagiku
Kamar baru tidak luas dulu
Tidak lagi terang seterang kamarku

Siapa lah diriku
Husnul  khatimah pendampingku
Terbayang kain putih
Tiada lukisan pemikat mata

Jika hari ini aku mati
Tubuh ku tanah ditutupi
Pergi meninggalkan anak isteri
Ketempat gelap tidak terbayang sendiri
Dan tidak akan ku kembali..PASTI

Tanjung puteri
Batu nisan bisu..

~~BAHASA CINTA AYAH~~



Ayah disisi ibu menunggu kelahiran.
Nikmati tangisan
Lalu azan di telinga kanan.
Iqamat di telinga kiri.
Ukirkan kalimah tauhid kanvas dihati.

Lalu bermulalah kembara anak di alam dunia.
Satu kembara yang panjang.
Bagi mereka yang alpa,masa terbuang sia sia.
Satu kembara yang pendek.
Bagi mereka yang cerdik,masa akan terisi dengan baik.

Si ayah susah payah berkerja.
Mencari rezeki untuk keluarga.
Membanting tulang selagi bernyawa.
Menuturkan bahasa kasih dan sayang.

Ayah berbicara bukan dengan perkataan.
Bukan juga dengan lisan.
Bahasa cinta ayah ialah dukungan dan pembelaan.
Ayah bukan tidak punya cinta.
Bukan juga rasa gembira.
Sibuk mencongak perbelanjaan.
Bahasa cinta ayah melalui tindakan.

Ibu tidak seperti itu.
Ibu mampu meluahkan.
Bicara yang tidak menjemukan.
Leteran,ingatan dan kerisauan.
Bolih jadi berjela jela panjang.
Cinta ibu diluahkan dan diletuskan.
Melalui bujukan kemarahan dan belaian.

Namun ayah tidak begitu.
Ayah hanya berada di belakang  tadbir ibu.
Kalau kita jauh ayah jarang buat panggilan
Ibu yang lebih kerap lakukan.
Tapi ayah yang mengingatkan.
Supaya membuat panggilan.

Ayah kadangkala kelihatan keras.
Ayah melatih tampa letih.
Kita dibimbing tampa jerih
Jika ada orang yang paling risau
Ayah lah orangnya.

Kita tidak faham erti disebalik kekejamannya.
Sedangkan atas kebimbanganya.
Itu lah ayah bertindak begitu.
Agar ketika dia tiada nanti.
Mampu menyelamatkan diri sendiri.

Bila pulang sekolah bawa laporan peperiksaan.
Yang memberangsangkan.
Ayah menyambutnya dengan selamba.
Pujian yang diharap tidak kedengaran.

Namun Hati Kita kemudian terubat.
Ayah membanggakan kita didepan ibu.
Tampa disedari kita dengar pujian.
Rupanya  ayah memuji dalam sembunyi.

Pujiannya bagai menyiram air keatas benih.
Tidak terlalu banyak,nanti benih mati terhenyak.
Tidak terlalu sedikit,nanti benih mati kehausan.
Ayah punya cara sendiri untuk memuji.

Tiba saat berpisah kita perlu meninggalkan.
Ayah menemani kita di perhentian.
Kita lihat wajah ibu mendung menitis air mata.
Namun ayah masih begitu begitu jua.
Menghulurkan tangan kita mencuimnya.

Ayah berpaling dan pamitan.
Ketika wajah ibu masih merenung di kejauhan.
Dengan lambaian tangan yang sangat sayu pandangan.
Ayah pula terus kehadapan.
Seolah olah tidak tergores oleh perpisahan.

Namun berminggu minggu kemudian.
Rahsia ibu membocorkan.
Ayahlah paling kerap menjengah bilik tidor,katil kita tinggalkan.
Menyebut makanan kesukaan.
Ayah jadi seorang perindu kata ibu.

Itulah ayah yang kesedihan dan kesunyian.
Tetapi tidak mempamirkan.
Cinta bukan dilukis oleh warna yang bolih di sentuh mata.
Tetapi hanya dapat dibaca oleh rasa.
Rindu ayah tidak kurang dahsyatnya,rindu ibu.
Tetapi ayah lebih mampu menyembunyikan.

Sewaktu kita hidup berbagai kesusahan
Ayah datang  disisi dengan pelbagai bantuan.
Ayah tidak akan pernah meninggalkan
Ketika hilang keyakinan dan kepercayaan.
Ayah tetap berdiri memberi sokongan.

Dialah jeneral yang terus berpesan.
Kepada kita perwiranya.
Anakku…
Kamu hanya kalah dalam satu pertempuran.
Bukan dalam satu peperangan.
Kata itu si anak bangkit untuk mencipta kemenanggan.

Ketika diajak makan besar direstoran mewah.
Menyambut kejayaan anak.
Ayah mengingatkan kepada ikan kering,pucuk paku,pucuk ubi.
Yang menjadi juadah kita dikampong.

Ketika kakinya melangkah ke banglo vila anaknya.
Yang terserangam gagah,ayah bertanyakan.
Tentang cangkul,sabit untuk meratakan
Dan menebas lalang.

Anak bertanya mengapa ayah..?
Tidak kah ayah suka dengan kejayaan.
Anak lupa baca peringatan ayah.
Ayah mengingatkan tentang nilai kasih dan sayang.

Pengkorbanan dan persaudaraan.
Agar jangan dihakis oleh kemewahan,duniawi.
Semakin tua ayah semakin tersirat.
Mengingatkan kita tentang ukrawi.

Apabila ayah pergi.
Pentas kasih sayang itu jadi kosong.
Kehilangan suara yang jarang kedengaran.
Hilang tangan kasar yang penuh kasih.
Wajah budinya,dan renungan matanya.
Belitan urat di lengan kendurnya.
Rindu ini pilu ingin bertemu kembali.

Tidak sempat kita balas ayah pun pergi.
Biarlah dia beristirahat disana.
Sebagai anak berharap dan berdoa.
Semoga bertemu ayah di syurga.

Pujian jarang diluahkan.
Kebanggaan ada kalanya tidak bersuara.
Bersyukur kepada Allah dengan mengasihi ayahmu
Selagi ayah mu masih ada.

Tanjung puteri
28022014

~ Apa kah sumbangan kita diGAZA



Satu Ramadhan awal puasa
Pertengahan Nuzul Quran
Akhir Ramadhan kita bertangisan
Satu syawal menyabut raya

Isreal mengadakan serangan
Al Qassam mempertahankan
Umat islam banyak berkorban
Dalam kesebukkan menyambut perayaan

Sebulan sudah menahan kelaparan
GAZA serba kekurangan
Penindasan perlu kebangkitan
Apa kah sumbangan kita jauh diperantauan

Jikalau anda mengatakan bahawa sifat amanah
Wujud  misi dakwah
Sebagai orang Islam iaitu lafaz syahadah
Kesaksian ke atas aqidah
Yang menjadi neraca dalam setiap perkara.

Lapan cara kita boleh bantu Gaza
Membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa
Bebas dari cengkaman rejim pengganas durjana.

Memberi sumbangan harta
Amalkan doa Qunut Nazilah.
Boikot adalah satu mekanisma
Memperbaiki kualiti ibadah
Lebih cakna tentang isu Palestina
Kempen kesedaran Palestin di kalangan saudara
Didik anak-anak dengan semangat pembebasan Al-Aqsa
mengamalkan cara hidup Islam secara total.

ltizamkanlah diri dengan Islam.
Insyaallah, setiap langkah ke arah kebaikan
Masa untuk pembebasan Al Aqsa
Moga kita akan termasuk dalam golongan
Syaihid di jalan Allah…

Tanjung puteri
AA
23072014

~Apa ada pada cinta~



Perempuan datang atas nama cinta
Bonda pergi karena cinta
Mereka adalah seperti..
Layang-layang sunyi,
yang hilang di awangan,
Cahayanya seperti kelipan lilin yang ditiup angin.

Digenangi air racun jingga
Seperti bulan lelap tidur
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa pada mereka.
Meninggalkan hati untuk dicaci

Dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Dan aku berjanji untuk mendiamkan diriku
Aku panggil engkau
Dan tiada jawapan dariku
Hadirlah kepadaku sepantas kau bisa

Tapi aku pasti kau akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya..

Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja.

Tanjung puteri
AA
572014

420



My final breath  time to blaze
See perfection look into the haze
It's 420 One day of the year
Put down that beer

Relieve the anger, or the stress;
Cannabinoid vapor can do no less.
deeply in a bowl, with a hearty soul,
Green, Green, Green.grasses of all

Some people call me a stoner
One things for sure im not a loner
God's Green Gift releases its love
And takes you to a place far above.

To supress our voice.
Sooner or later they must realize
Forcing patients to break your laws
Herb's are great, and lets get baked

Abolish the pain of Aids and cancer
Better at feeding like the hustler
Medicine killing you soft and slowly
But nobody dies from weed buddy

Mind in a mess? Suffering stress?
Roll up a round one and give it a rest.
Cigarettes kill thousands of users
loosen the law drop the drug war

The Chinese philosopher Confucius (~500 BC)
THE BOOK OF ODES (She-King)
Hemp cultivation for both fiber and seed
Where the Hemp growson the mound
Keeps Tsze-Tseay with a bound

Shakespeare Second Folio (1632)
The Profits arising from Hemp-seed are
Clothing, Food, Fishing, Shipping
Pleasure, Profit, Justice, Whipping

Besides it is an easie thing to prove
It is a soveraigne remedie for love
I SPEAK FROM  my heart and my throat
Ligelize cannabis many to vote..

Tanjung Puteri
420