Asalamualaikum

Asalamualaikum

Wednesday, 15 January 2014

~~SAKITNYA RINDU~~

Cinta adalah anugerah terindah.
Pemberian yang Maha kuasa.
Jatuh dan bangun untuk menggapai cintanya.
Redup hari berubah seketika.

Rasa ini selalu muncul tiba.
Dan tak tahu bila ia datang dan pergi.
Disaat ia tiba begitu dalam merasuk hati.
Hingga sesakkan hati dan lelah bernafas.

Tak kuasa titik air mata jatuh menahannya.
Saat cinta berlabur dalam jiwa terpana.
Cinta sejati itu benar benar terasa.
Sakit kerana menahannya.

Tahukah kau sayang.
Ku selalu merindukan mu.
Tak tahu bila waktunya .
Mungkin yang tak terasakan setiap detik.

Apa kah kau merasakan itu..?
Rasanya ingin kau menjerit.
Untuk mengharungi sesak ini.
Tapi tak bias.

Hanya tangis dan tangis yang buat ku lega.
Sayang bila kau cinta .
Pasti kau merasakannya.
Apa yang sedang ku rasakan…

Hingga di setiap denyut nadi mu .
Kehadiran syair terasa begitu sulit.
Saat ia masih jauh dari mu.
Saat kehadiran lautan kasih beradu.
Semoga tidak terkulai di situ..

AA
10012014

~~Cinta Kangen~~

Pelangi takkan ada tanpa hujan..
Matahari takkan ada jika hujan…
Cinta bukan sebuah lembaran puisi,
Tapi cinta adalah kata hati,

Dari awal sebuah persahabatan.
Beranjak menjadi suka,
Suka menjadi sayang,
Sayang menjadi cinta.

Tuhan menciptakan hambanya berpasangan…
 Agar bisa menjalani kehidupan…
Namun tak semuanya bisa menyatu…
Jika tak pernah bertemu….
Kita di pertemukan bukan untuk menunggu…
 Tetapi untuk menjadikan hati kita satu….

Cinta takkan pernah datang jika kita hanya berdiam diri . . .
Cinta itu seperti perang mudah untuk dimulai tapi susah mengakhiri
Cinta menghubungkan ,menginginkan ,melakukan dan memiliki
Cinta juga perlu bersaksi, tak bisa bohongi

Hati cinta sejati pasti takut pada illahi…
Ia tidak akan datang jika hanya untuk pergi tanpa kembali.
Ia tidak akan Mengenal jika hanya untk mengecewakan dan melukai…
Kerana  cinta yg memiliki cinta sejati adalah cinta yg berjalan untuk mencari reada dari illahi…
Sayap sayap cinta hanyalah digunakan oleh cinta yg  memahami arti…
 Ia ingini  kepuasaan  tanpa berfikir resiko  akhir

Cinta bukan beri harapan tapi anugerah,
Cinta bukan mainan tapi indah,
Cinta itu akan selalu mekar semerbak harum menghiasai hati yang gundah.
Jika hati gelisah dan ragu akan suatu hal,
 Maka akan lebih baik jika kamu tinggalkan

Cinta sejati itu adalah ketika kau dengannya dan selalu setia untuk menunggunya.
Yang pasti  bukan cinta monyet, Arjuna atau  Rahwana
Ah ini bukan puisi cinta monyet, wajah mirip Hanoman
Jika memperlakukan cinta hanya untuk melampiaskan hawa nafsu,
 Itu bukan cinta seutuhnya tapi mencintai hawa nafsu.
Dia lah pemiliki cinta sejati.
Tidak dilarang mencintai seseorang,
 Tapi cintailah dia hanya karena Allah swt semata.


AA
07012014

~~Memori Indah~~

Di suatu pagi yang sepi.
Di musim yang lalu.
Ketika itu hujan rintik.
Aku kembara seorang diri.

Setibanya aku di distinasi.
Masih belum ku temui.
Terasa ingin ku tangisi.
Menanti kekasih yang belum pasti.

Masuk nya waktu, aku solat dan berdoa
Dengan harapan pasti berjumpa.
Dia menanti ku dengan seadanya.
Seorang yang baik budi bahasanya

Syukurku kepada Ilahi.
Kerana akhirnya dapat ku temui.
Cintaku semakin berputik dihati.
Tidak ku percaya dengan apa yang ku lalui.

Station keretapi menjadi saksi.
Cintaku telah terpahat dan terpatri.
Sebelum aku melangkah kembali.
Kekasih mencium jari jemari.

Berlalu kekasih memberi salam.
Dengan harapan semoga bertemu lagi.
Di lain masa  dan lain hari.
Janji setia sejiwa sehati.
Tidak ku lupa sehingga ke akhir hayatku nanti…

AA
06012014


~~ Fenomena Alam~~

Al-Quran mengandongi  750 ayat tentang fenomena alam
150 ayat mengenai hukum hakam
Alam itu tercipta dengan begitu indah keseimbangan
Tersusun dengan rapi di hamparan muka bumi penciptaan
Laut yang begitu luas,dihiasi gemaan deru  ombak yang tiada hentinya
Tempat para nelayan mencari rezeki
Ikan ikan belajar terbang dengan sayap yang keperak perakan.
Angin berhembus seakan akan nada kedamain

Binatang binatang kecil itu mendekati  yang tersusun dengan indah
Sepertnya mereka ingin beristirehat menikmati keindahan hamparan rimba
Mentari  cerah,Menemani kesendirian ku hingga ufuk barat menantinya
Hembusan angin menerbangkan butiran pasir yang melukiskan keindahan
Angin yang tiada hentinya memecah kesunyian.

Pemandangan yang indah.
Sawahnya menghijau 
Suasana di sebuah desa
Keindahan desa membuka jendela menatap sang suria.
Mengugah tatapan mata mendorong ke ujung dunia
Terpana akan pesona alam yang memukau
Di pepohonan burung burung belajar berbicara.
Dengan lidah kecilnya ,tetapi aku tak mengerti.

Menatap sang suria keindahan pegunungan.
Gunung nya tinggi menjulang.
Udara segar bertiup tiup aku berdiri di atas gunning.
Berdiri di bawa langit surah Al-Tin ayat 4

Bunga Bunga berbagai warna dan rupa sang pencipta.
Hembusan wewangian kedamaian,cinta dan harapan
Keangkuhan alam semesta hanya milik mu seorang.
Ijinkan aku,sang pendamba menyapamu.
Tapi aku tak mengerti,kerana aku hanyalah hutan kecil.
Yang tak tahu kenapa ditanam dialam untuk dimusnahkan.
Surah Al-Rum ayat 41 amaran Allah

Bersorak riang seperti seorang anak yang mendapat permen.
Menari gembira bersama bawalah bait rindu
Kicauan burung  terdengar merdu.
Menandakan adanya hari baru.
Indahnya alam ini membuatku terpaku.
Seperti dunia hanya untuk diri ku.
Menghapus memori rosak dan menggantinya dengan harapan baru.
Dalam setiap pijakkan kecil. mencintai mu

Ya Allah…hanya dengan kekuasaan MU, ini terjadi.
Hamba hamba MU yang lemah ini hanya bisa diam.
Melihat keindahan alam yang engkau ciptakan,Surah Al-An’aam ayat 103
Ya Allah.. terima kasih,engkau masih memberi.
Kesempurnaan kepada kami.melihat keindahaan semesta ciptaan mu.
Kami sangat bersyukur atas nikmat MU..

AA
05012014

~~Kehilangan~~

Tenggelam dalam lautan rasa
Yang sangat menyedikkan
Mengangguk angguk tetap menjadi pendengar
Bukan mendengar dengan telinga tapi mata dan hati

Kehilangan orang yang dicintai,
Bagaikan jari yang terluka goresan pisau..
Apalagi bila kita mempunyai sebuah kenangan dengan dirinya,
Maka hanya air mata dan hati,
Yang bisa merasakan kenangannya..

Teringat ungkapan buat titipan buat diri dan teman teman
Kadang kala dalam hati terdetik kenapa Tuhan memanggil cepat
Allah sungguh Maha Pengasih Maha Penyayang
Ungkapan paling bertuah Allah sedang mendidik tentang kasihnya

Ilmu terbatas menjangkau ilmu Allah yang Maha luas
Kita hanya Nampak yang dekat Allah melihat yang jauh dan akan datang
Mehnab ialah ujian,
Yang bernama kematian,kesakitan,kegagalan dan kehilangan

Yang pedih itu ubat
Yang sedih itu penawar
Kita hanya hamba,bukan tuan ,bukan Tuhan
Kita terima atau tidak tetap berlaku
Pertikaian ini benar benar ingin penjelasan

Meninggal dalam keadaan mencintai dan meredainya
Tidak ramai isteri Berjaya meraih keredaan suami ketika meninggal dunia
Sedangkan,keadaan suami sangat penting isteri meraih keredaan Allah
Kita semua insan kerdil di sisi Tuhan

Setengah takdir tidak akan kita ketahui
Mana mungkin seorang hamba tahu maksud takdir Ilahi
Akal jangan di matikan tetapi berfikiran kearah kemungkinan
Lihat para Rasul,Nabi,Ulama dan pemimpin dunia

Ramai ibu yang tua renta
Di herdik anak anak sendiri
Mungkin Allah hendak menyelamatkan daripada menjadi derhaka
Mujur terlepas dosa derhaka  kepada ibu
Bersangka baik kepada Allah di sebalik setiap takdir
Fikiran dikawal dan terarah,bukan disekat atau dimatikan

Hati yang mengingati Allah tidak kesunyian
Pada solat,Al-Quran,selawat,masjid ada penawar
Harta kekayaan yang di usahakan
Perniagaan yang kamu khuatir kerugian
Rumah tempat tinggal yang kamu sukai
Bapa ,anak,isteri dan keluarga yang disayangi

Tunggulah Allah dengan keputusanya (surah al-Tawbah9:24)
Allah lebih sayang hambanya melebihi ibu sayang anaknya
Isteri kehilangan sumai
Suami kematian isteri
Anak kehilangan ayah dan ibu
Ibu kehilangan anak
Begitu ajaibnya Allah memanggil
Sesetengah manusia kepada cintanya melalui kehilangan..

AA
04012014

Thursday, 2 January 2014

~~TAHUN BARU “ KAISAR ROMA”~~

“Happy New Year” adalah ungkapan yang terdengar di berbagai pelosok negeri
 Ketika pukul 00.00 tanggal 31 Desember memasuki tanggal 1 Januari
 Tidak hanya remaja, orang tua dan anak-anak merayakan tahun baru Masehi.
Peredaran bulan dan matahari manusia mencipta kalendar Hijriah dan Masehi.
Kalendar Masehi lebih banyak digunakan dalam pelbagai urusan,
 Kalendar Hijriah  untuk tujuan keagamaan.
Kedua-dua sistem kalendar itu atas ketentuan Allah.


Ayat 5, surah Yunus bermaksud:  matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya.
 Dialah  menentukan perjalanan setiap satu itu berpindah-randah
 Peredarannya  supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....*
Rasulullah menetapkan umat Islam mesti mengikut peredaran bulan
 Bukannya peredaran matahari.
Bertepatan dengan sabda baginda yang menjelaskan setiap bulan ada 29 atau 30 hari.


Bagi manusia yang waras, ketibaan tahun baru menjadi satu kebanggaan,
Tidak kira mereka hamba yang taat,
Suka melakukan maksiat,
 Kufur terhadap Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi.
Kebanggaan ini dapat dilihat , sambutan diadakan
Kepelbagaian acara ini, menjurus,terjebak dengan unsur maksiat.


Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan
Dan menyesal atas kesilapan
 Malah berazam untuk tidak melakukan
 Istiqamah pada landasan pengabdian.
 Yang lalai lazimnya menyambut unsur syirik dan maksiat.
Sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.
Sesetengah masyarakat keliru,
 Yang mana berunsurkan Islam,
 Menyimpang ajaran agama di dunia?


Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong.
Harus bersyukur dan bermunajat,
Tidak semestinya kena solat hajat.
Cuma acara sambutan itu hendaklah ada batasannya,
Dihias pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan
 Bukan saja dari sudut ajaran Islam,
 Malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.


Kedatangan tahun baru  membawa makna usia seseorang itu
 Semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek
 Menunjukkan kita semakin hampir dengan maut.
Walau pun jarang diambil peduli,
 Golongan muqarrabin hamba mendampingi Allah.
  Masehi ini juga diharap melakarkan detik sejarah
  Bukan lagi peristiwa pahit dengan pelbagai tragedi

Dalam mengimpikan lakaran manis ini,
 Tekad dan usaha semestinya dipertingkatkan.
 Kejayaan tidak datang bergolek.
 Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh
 Nilai murni tidak dapat dicapai.
Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti dihuraikan Allah
 Melalui sepotong ayat daripada surah al-Dzariyat yang bermaksud:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."


Pengertian ibadah itu bukan dalam konteks sempit,
Setakat solat dan puasa,
 Malah meluas dengan ungkapan *Islam adalah cara hidup.*
Ibadah yang sempurna lahir apabila akidah betul,
 Iaitu mengesakan Allah dan mentaati syariat dibawa Rasulullah.
Mendapat limpahan kesenangan duniawi.
Cabaran dan dugaan menunggu di depan,
 Sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan
 Kesenangan atau kealpaan.
 Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri
 Dan seboleh-bolehnya melakukan yang terbaik setiap hari.


Mencontohi peribadi Rasulullah.
Sehingga diiktirafkan melalui firman Allah,
 Bermaksud: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling Mulia." (Al-Rum:4) Saidatina Aisyah
 Apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah, berkata: "Akhlak baginda itu adalah al-Quran".

AA
31122013

~~Noktah kembara kehidupan~~

Ya Rabb,
Keheningan pagi ini
Mencengkam nubari
Hanyut dalam ilusi
Mencari identity diri

Tika mengemit rindu ku
Ku jenguk jendela waktu
Berbunga segar
Semerbak mewangi
Seharum hambar kasturi
Di taman Firdausi

Dalam pelabuhan gersang menanti masa
Meleburkan sejuta keresahan yang menyiksa
Aku seringkali mengiakan segala
Segala nista ku tetap terima

Aku hatta Cuma manusia biasa
Meskipun adakala maruahku
Bagai diinjak di hujung tumit
Aku masih mampu terus berdiri
 Dan berterusan tersenyum
Setiap detik itu ku berdoa
Moga dalam menelusuri kembara kehidupan ini


Rindu hati ku terus kembara
Walau tanpa bayu kasih menyapa rasa
Walau kepiluan kian menyiat dada
Masih ada sinar kasih terus bertakhta
Membawa rindu ku ke titik noktah
Ketika detik terhitung lesu dipinggiran
Ada pedih seakan tusukan selumbar
Semakin mendalam merobek cebisan kenangan

Terdayakah menyimpan kerinduan
Ya Rabbi berikan aku kekuatan...
Hamba mu sering terlena
Leka di buai masa
Lupa hari tua telah tiba
Bila bila masa kehidupan bakal ternoktah...


AA
02012014