Asalamualaikum

Asalamualaikum

Thursday, 2 January 2014

~~TAHUN BARU “ KAISAR ROMA”~~

“Happy New Year” adalah ungkapan yang terdengar di berbagai pelosok negeri
 Ketika pukul 00.00 tanggal 31 Desember memasuki tanggal 1 Januari
 Tidak hanya remaja, orang tua dan anak-anak merayakan tahun baru Masehi.
Peredaran bulan dan matahari manusia mencipta kalendar Hijriah dan Masehi.
Kalendar Masehi lebih banyak digunakan dalam pelbagai urusan,
 Kalendar Hijriah  untuk tujuan keagamaan.
Kedua-dua sistem kalendar itu atas ketentuan Allah.


Ayat 5, surah Yunus bermaksud:  matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya.
 Dialah  menentukan perjalanan setiap satu itu berpindah-randah
 Peredarannya  supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....*
Rasulullah menetapkan umat Islam mesti mengikut peredaran bulan
 Bukannya peredaran matahari.
Bertepatan dengan sabda baginda yang menjelaskan setiap bulan ada 29 atau 30 hari.


Bagi manusia yang waras, ketibaan tahun baru menjadi satu kebanggaan,
Tidak kira mereka hamba yang taat,
Suka melakukan maksiat,
 Kufur terhadap Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi.
Kebanggaan ini dapat dilihat , sambutan diadakan
Kepelbagaian acara ini, menjurus,terjebak dengan unsur maksiat.


Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan
Dan menyesal atas kesilapan
 Malah berazam untuk tidak melakukan
 Istiqamah pada landasan pengabdian.
 Yang lalai lazimnya menyambut unsur syirik dan maksiat.
Sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.
Sesetengah masyarakat keliru,
 Yang mana berunsurkan Islam,
 Menyimpang ajaran agama di dunia?


Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong.
Harus bersyukur dan bermunajat,
Tidak semestinya kena solat hajat.
Cuma acara sambutan itu hendaklah ada batasannya,
Dihias pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan
 Bukan saja dari sudut ajaran Islam,
 Malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.


Kedatangan tahun baru  membawa makna usia seseorang itu
 Semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek
 Menunjukkan kita semakin hampir dengan maut.
Walau pun jarang diambil peduli,
 Golongan muqarrabin hamba mendampingi Allah.
  Masehi ini juga diharap melakarkan detik sejarah
  Bukan lagi peristiwa pahit dengan pelbagai tragedi

Dalam mengimpikan lakaran manis ini,
 Tekad dan usaha semestinya dipertingkatkan.
 Kejayaan tidak datang bergolek.
 Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh
 Nilai murni tidak dapat dicapai.
Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti dihuraikan Allah
 Melalui sepotong ayat daripada surah al-Dzariyat yang bermaksud:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."


Pengertian ibadah itu bukan dalam konteks sempit,
Setakat solat dan puasa,
 Malah meluas dengan ungkapan *Islam adalah cara hidup.*
Ibadah yang sempurna lahir apabila akidah betul,
 Iaitu mengesakan Allah dan mentaati syariat dibawa Rasulullah.
Mendapat limpahan kesenangan duniawi.
Cabaran dan dugaan menunggu di depan,
 Sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan
 Kesenangan atau kealpaan.
 Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri
 Dan seboleh-bolehnya melakukan yang terbaik setiap hari.


Mencontohi peribadi Rasulullah.
Sehingga diiktirafkan melalui firman Allah,
 Bermaksud: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling Mulia." (Al-Rum:4) Saidatina Aisyah
 Apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah, berkata: "Akhlak baginda itu adalah al-Quran".

AA
31122013

No comments:

Post a Comment