Asalamualaikum

Asalamualaikum

Monday, 18 November 2013

~~Diri mu yang ku panggil sayang~~~

Panggilan sayang menyentuh lubok hatinya
Berupaya mengukit senyuman di bibir..
Membawa padah berucap dengan gelaran buruk
Semua bergantong kepada kalimah yang di ungkapkan..

Hadirmu dengan izin Yang Kuasa,
Cinta kita kerana cinta DIA,
Membenih rasa menanam mahabbah,
Menuai sakinah hidup mulia.

Panas telinga, hati tergores diulit perasan sengsara…
Jangan sampai makan hati hasil kata dilontarkan..
Bila dia menangis ada sedih luka terhiris
perang krisis ada sayu jiwa terguris ada singgung dalam gerimis
Terlajak perahu bolih di undur..
Terlajak kata buruk padahnya..

Panggilan cinta mengujakan..
Panggilan sayang mengeratkan
Panggilan manja mendekatkan…
Panggilan lembut nilai kehidupan…
Panggilan mesra peneman setia…

Allah swt menghiaskan ibarat sebatang pohon yang baik..
Pangkalnya teguh,cabang pucuknya menjulang kelangit..
Mengeluarkan buah dengan izinnya..
Agar manusia beringat dengan Surah Ibrahim nya…

Hargainya sebelum kehilangannya..
Selubunginya semasa hayatnya…
Siang tiada sunyi,malam dihempit tampa sepi…
Jadikan teman ,pengibur tanda syukur…
Memimpin,mebimbing,memuji lambang kecintaan…

Di depan menyapanya ,di belakang mendokongnya usah biar ...
Kerana dirinya bukan sekadar lilin, tetapi CAHAYA!


AA
181113


No comments:

Post a Comment