Asalamualaikum

Asalamualaikum

Wednesday, 4 December 2013

Pantun Berkait

Redup ini amatlah nikmat
Kerana rimbunnya si pohon jati
Hidup ini amatlah singkat
Sekali hidup biar bererti

Kerana rimbunnya si pohon jati
Tempat burung sering bertemu
Sekali hidup biar bererti
Isikan akal dengan ilmu

Tempat burung sering bertemu
Untuk menghabiskan waktu siangnya
Isilah akal dengan ilmu
Ilmu itu tiada habisnya

Untuk menghabiskan waktu siangnya
Sebelum bermalam di dalam hutan
Ilmu itu tiada habisnya
Ibarat saujana air di lautan
 
Liz~~~22/11/2011     

No comments:

Post a Comment