Kesepakatan daripada kata yang berderai,
Kesatuan daripada semangat yang terungkai,
Saya bukanlah keturunan para pendekar,ataupun pahlawan
Alam maya semua boleh menyamar
Makanya bila saya berkarya....
Kerana saya tak tahu usul asalnya istana adunan purba
Saya bahasakan dalam karya saya...
Pelbagai watak saya, hamba, kanda ..dinda beta….aku ..awak…..kita....
Bahasa adunan purbakala
Bahasa istana atau warisan pusaka
Bahasa itu luahan rasa
Hasil cantuman jiwa
panggilan zaman dahulu seperti ayahanda, bonda, nenda, dan sebagainya
Tidak menunjukan salah dalam tuturkata mahupun persuratan..
Bahasa istana ialah bentuk bahasa
Yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja,
Bahasa istana masih digunakan hari ini biarpun sistem Feudal lama
Hanya tinggal sejarah tetapi mempunyai kosa kata
Contoh bahasa istana
Kanda itu kelahiran anak lelaki di keluarga di raja
Kekanda panggilan untuk suami (Raja)
Adinda panggilan untuk isteri (Raja)
Hamba- kaedah membahasakan diri di hadapan Raja
Tak sepatut dibahas sesuatu jika dangkal
Perbezaan bahasa Melayu klasik kini
Bahasa Melayu moden dari segi morfologi
Bahasa Melayu moden dari segi sintaksis
Kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.
Bagaimanakan kedudukan saya...
Adakah saya dikira tak beradap....
Yang penting kita sentiasa beradap dalam setiap pertuturan kita
Ataupun dengan siapapun kita bicara
Jika kita berbahasa tak beradap hukum karma
Akan menjawab dengan bahasa jelek juga.
Jika kita tak suka orang berbahasa jelek dengan kita
Makanya kita jangan berbahasa jelek dengan orang.
Setiap orang mempunyai perasaan maka sama-samalah kita menjaga
Perasan sesama kita agar sentiasa berbahasa santun
Agar talisiraturrahimi sentiasa mewangi walaupun di musim tengkujuh
Belajar perahu sidang budimannya,
Berlayar itu dengan kelengkapannya.
Wujud Allah nama perahunya,
Ilmu Allah akan [dayungnya]
Iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya
AA
05022014
No comments:
Post a Comment