Tak kenal maka tak cinta.
Inilah ungkapan perpatah melayu kita.
Cinta teragung jiwa umat islam sedunia.
Kecintaan kepada yang maha esa.
Tempat inginkan pengampunan dosa.
Mekah dulu kini dan selamanya.
Terpahat dihati rindukan ketenangnya.
Keamanan yang dijanjikan Allah Ta’ala.
Ayat 97 Ali Imran surah nya.
Tanah haram pilihan Allah dan rasulnya.
Tempat paling dicintai dibina mercu tanda.
Menjadi kiblat penyatu ibadah umat islam sedunia,
Terhimpunnya hati hati manusia.
Aman sentosa dari pertumpahan darah sesama manusia.
Hingga pepohon dan tumbuhan diharam memotongnya.
Begitu juga burung berkeliharan bebas juga.
Tidak juga menghalau dan mencegahnya.
Semua elemen keamanan rapi dipelihara.
Tidak dimasuki kafir, Dajjal,dikawak malikat.
Kelebihan beribadah dan pahala solat.
Lebih afdhal dari seratus ribu kali solat.
Tempat lahirnya Nabi penghulu sekelian nabi.
Tempat umat islam menunaikan manasik Haji.
Tiada sesiapa masuk kecuali rendah diri.
Tempat paling dikehendaki dan digesa.
Solat satu waktu nilai 55 tahun 6 bulan 20 hari.
Solat lima waktu nilai 277 tahun 9 bulan 10 hari.
Subahanallah,begitu besar ganjaran diberi.
Puasa sehari umpama seratus ribu hari.
Sabda Rasuallah saw.
Ketika berdiri diatas Al-Hazwarah.
Demi Allah sesungguhnya engkau ini Mekah
Adalah sebaik baik tempat dibumi Allah.
Dan tempat yang paling dicintai Allah.
Sekiranya aku tidak disuruh keluar hijrah.
Nescaya aku tidak akan keluar. (Riwayat al-tirmizi).
AA
02032014.
No comments:
Post a Comment