Aku merasa terbiasa dengan kesendirian.
Tiada aku khuatir perpisahan.
Walaupun telah aku ditinggalkan
Perbuatan yang sangat menghinakan.
Segala sesuatu telah ditakdirkan.
Mencela atau meninggalkan.
Takdir akan terus berjalan.
Sebagaimana jarum menusuki lubang jahitan.
Masa telah melemparkanku pada malapetaka.
Hingga hatiku terasa bagai tertikam anak panah.
Hancur lebur hatiku hingga berkeping keping.
Saat anak panah itu meghujam ke dadaku.
Meskipun aku seorang hamba.
Hitam kulitku seada.
Ketika ku lihat uban.
Mulai menghiasi jambang dan kepala.
Seluruh dunia terasa sejatera
Tetapi tidak bagiku yang tua renta.
Nasib buruh menimpa.
Sebagai orang buta didunia.
Bagaikan seorang telah wafat
Tetapi namun dianggap masih hidup.
Bagiku bukan lah satu yang memalukan.
Masih mempunyai kewibwaan dan ketaqwaan.
Sebagai pahala, modal dan penjagaan
Sedangkan ketiga tiga hal sangat memerlukan.
Ilmu penyuluh kehidupan
Amal bekalan perjalanan
Akhlak peribadi jiwa dan hiasan.
Akhirat sudah satu kepastian.
Aku tahu bahawa Tuhan memiliki kekuasaan.
Tidak melepaskan diri ku dengan kesediahan.
Sebab tiada satu yang terus menetap.
Ku harap Allah melihat ku dengan penoh kerahmatan.
AA
01032014
No comments:
Post a Comment