Asalamualaikum

Asalamualaikum

Monday, 24 February 2014

~~BAHASA CERMIN BANGSA~~

Kesepakatan daripada kata yang berderai,
Kesatuan daripada semangat yang terungkai,
Saya bukanlah keturunan para pendekar,ataupun pahlawan

Alam maya semua boleh menyamar
Makanya bila saya berkarya....
Kerana saya tak tahu usul asalnya istana adunan purba
Saya bahasakan dalam karya saya...
Pelbagai watak saya, hamba, kanda ..dinda beta….aku ..awak…..kita....

Bahasa adunan purbakala
Bahasa istana atau warisan pusaka
Bahasa itu luahan rasa
Hasil cantuman jiwa
panggilan zaman dahulu seperti ayahanda, bonda, nenda, dan sebagainya
Tidak menunjukan salah dalam tuturkata mahupun persuratan..

Bahasa istana ialah bentuk bahasa
Yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja,
Bahasa istana masih digunakan hari ini biarpun sistem Feudal lama
Hanya tinggal sejarah tetapi mempunyai kosa kata
Contoh bahasa istana
Kanda itu kelahiran anak lelaki di keluarga di raja
Kekanda panggilan untuk suami (Raja)
Adinda panggilan untuk isteri (Raja)
Hamba- kaedah membahasakan diri di hadapan Raja
Tak sepatut dibahas sesuatu jika dangkal

Perbezaan bahasa Melayu klasik kini
Bahasa Melayu moden dari segi morfologi
Bahasa Melayu moden dari segi sintaksis
Kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

Bagaimanakan kedudukan saya...
Adakah saya dikira tak beradap....
Yang penting kita sentiasa beradap dalam setiap pertuturan kita
Ataupun dengan siapapun kita bicara

Jika kita berbahasa tak beradap hukum karma
 Akan menjawab dengan bahasa jelek juga.
Jika kita tak suka orang berbahasa jelek dengan kita
 Makanya kita jangan berbahasa jelek dengan orang.
Setiap orang mempunyai perasaan maka sama-samalah kita menjaga
 Perasan sesama kita agar sentiasa berbahasa santun
Agar talisiraturrahimi sentiasa mewangi walaupun di musim tengkujuh

Belajar perahu sidang budimannya,
Berlayar itu dengan kelengkapannya.
Wujud Allah nama perahunya,
Ilmu Allah akan [dayungnya]
Iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya

AA
05022014


~~KANDA & DINDA~~

Kanda..

Setulus hati kusemat kasih putihku di hatimu
Aroma asmara menyusup dikalbu,
Dibawah sinar mentari kususuri liku,
Kurengkuh, kehangatan yang tak pernah beku,

Dinda..

Resak hati ku memendam rasa
Lautan kasihku yang bergelora
Biar pun dikau jauh dimata
Pada mu kasih,janji ku tetap setia.

Kanda..

Kutuliskan  ini sebagai penawar deritaku.
Kuraih jemari tanganmu,
Didalam keabadian jiwa ini bersatu
Kepedihan menelusup di kalbu,

Dinda..

Janji berpadu mengolah cinta.
Kasih dikait berpaut rasa.
Indah bagaikan di alam pewarna.
Berseloka bahagia hingga ke  syurgaloka

Kanda…

Cantikmu bagaikan bidadari
Andai sang Fajar dapat bersaksi
Karena engkau teramat dalam di palung hati..
Sepanjang itu aku menanti.

Dinda..

Pungguk merindu bulan purnama.
Mendayu dayu sambil memuja.
Ku harap kasih beruntai setia.
Sehingga ke akhir hayat kekal bersama.


AA
04022014


~~An-Nisaa~~

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!

Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
Kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
Dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..

Wahai kaum Adam
Yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan kesemua.
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Makbulkan doaku..
Aamiin..

AA
03022014
*****
Sumber: iluvislam

~~AKU BERDOSA~~

Sebuah jalan yang memang tak berujung.
Walau telah kelihatan menyempit dan menghilang.
Begitu pulak asaku kepada mu.
Ketika aku mau.
Aku berharap lalu bercakap memohon kepada mu .
Bersimpuh dihadapan mu.

Hamparan sajadah panjang.
Menghantarkan ku mengadu dan berdendang.
Tak kuasa hati yang menyimpang.
Selalu merayu dan mengajak ku terbang.
Dan ketika tak tertuju,aku mulai meninggalkan mu
Ku lupa kan diri mu.

Ya Robb…
Ku tak sanggup berlari.
Tak henti ku ratapi diri.
Begitu hina,bergelimang dosa.
Ya…
Ku bukanlah manusia sempurna.

Kadar iman ku melemah.
Kadang rasa lelah putus asa.
Datang mengoda.
Dan membuat ku lupa.
Dengan apa yang ku pinta.
Tapi tak seperti mu.

Walau tampak seperti jalan buntu.
Sesungguhnya kau.
Tidak melupakan yang ku mahu.
Berkali kali aku tahu.
Dan menyedari itu.
Bahawa KAU.
Telah punya maksud tertentu.
Allah ya afuwu…Ampunilah AKU

AA
30012014

Monday, 3 February 2014

~~NABI ALLAH AYUB~~

Nabi Ayub memiliki harta kekayaan yang berlimpah,
 Istri-istri yang cantik jelita,
Hewan ternak yang sehat dan beranak-pinak,
Tanah yang amat luas. Ia hidup bahagia dengan istri-istrinya
Ketaatannya dalam beribadah,
 Ketekunannya dalam berdakwah,
 Dan rasa cintanya kepada Allah.

Pepatah semakin tinggi dan besar hamba,
Semakin besar pula ujian yang akan diterimanya.
 Ibarat pohoh, semakin tinggi pucuknya
 Semakin dahsyat pula tiupan angin yang menerpanya.
 Allah tidak akan menimpakan suatu musibah
 Melebihi kemampuannya untuk menerimanya.

Allah SWT menguji Nabi Ayub dengan musibah,
 Harta benda dan penyakit kulit.
 Hilangnya seluruh harta bendanya hingga ia berubah menjadi miskin
 Nabi Ayub mengatakan,“Musibah datangnya dari Allah SWT
 Dan aku harus mengembalikan kepada-Nya.
 Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang diberikan-Nya
 Aku ridha dengan keputusan Allah SWT.
 Dialah yang mendatangkan manfaat dan mudharat.
Nabi Ayub bersujud. Iblis tampak tercengang.


 Allah juga menguji Ayub melalui anak-anaknya.
 Meninggal dunia akibat musibah gempa
Nabi Ayub berkata, “Allah memberi dan Allah mengambil.
Ayub bersujud kepada Allah SWT. Iblis kembali tercengang

Nabi  Ayub,baginda itu sakit luar biasa
Penyakit kulit amat menyeksa.
Bertahun baginda menghidapnya,
 Allah mengujinya dengan penyakit kulit yang sangat parah.
 Kulitnya membusuk hingga istri isteri  merasa jijik kepadanya.
Hanya satu orang yang mau bersabar dan setia mendampinginya
Membuat nabi Ayub semakin sedih.
  Bersabar menjalaninya bersama satu istrinya
Yang masih setia menemaninya.
Beliau masih tetap memuji Allah
 Amarah setan semakin memuncak
Menggoda kesabaran Ayub melalui istrinya,
Sebagaimana menggoda Adam melalui Hawa untuk memakan buah Khuldi yang terlarang.

Godaan setan pun mulai merasuki istri nya
Hingga ia mulai putus asa dengan keadaan suaminya.
Mendengar keluh kesah istrinya,
Di manakah harta, keluarga, teman, dan kaum kerabatmu?

Mendengar keluh kesah istrinya, Nabi Ayub berkata,
Sungguh engkau telah dikuasai oleh setan. Mengapa kamu meratapi kemuliaan masa lalu dan anak yang telah meninggal dunia?”
Nabi Ayub pun ditinggalkan istrinya.
 Nabi Ayub tetap istiqomah dan terus bersabar melawan derita dan godaan iblis, tanpa Berpaling sedikit pun dari Allah SWT.

Atas kesabaran Nabi Ayub dengan penuh keimanan,
 Allah memberinya pujian dan menempatkannya
 Di sisi Allah dengan derajat yang tinggi.
Allah pada akhirnya memerintahkan
Supaya menghentak kaki ke bumi
Setelah terpancar air,Allah pun menyuruh
Supaya minum dan mandi dengannya
Lalu Nabi Ayub pun sembuh
(lihat Surah Shaad ayat 41 - 42).

AA
27122013



~~ERTI SEBUAH KEHIDUPAN~~

Tanpa sadar usia pun bertambah
Karena hidup adalah anugerah
Tak ada kata menyesal dan menyerah
Rasa bimbang dan takut bercampur dalam darah

Arti Kehidupan
Ku terus berjalan, di tepi harapan
Hanya semangat dan cintalah, yang membuatku bertahan
Terkadang kelamnya hitam harus merasakan.
Masih ada cahaya putih dibalik awan.

Masa demi masa berlalu sudah
Kemana kaki jalan melangkah
Liku-liku kehidupan mengukir sejarah
Kini saatnya berpotret diri.

Gema kegundahan kian bertalu
Gemercik air melantun irama nan merdu
Meliuk menari rumput nan ayu
Ku Layangkan Rasa Rinduku.
Perjuangan Cinta Ini Untuk Engkau

Tanpa salah dan dosa.
Hidup akan merasa bangga dan merasa benar adanya.
Tanpa salah dan dosa.
Hidup niscaya keluar dari batas batas norma yang ada.
Begitu pula dengan cinta.
Tanpa airmata dan kecewa.
Kita takan pernah tau artinya bahagia.
Tanpa luka dan dusta .
Kita takan pernah mengerti artinya setia.
Tanpa jauh dan kehilangan.
Kita takan mungkin merasa kerinduan''.. kenapa.

Apakah arti sebuah kehidupan sejati
Apakah itu juga sebuah mimpi..?
Jika benar, apalah arti semua ini..
Sudah banyak hari kujalani
Tanpa suatu tujuan yang pasti…

Semua seakan hanyalah ilusi..
Ilusi yang tiada memiliki arti.

Apa yang akan terjadi
Siapa yang salah nanti pada akhirnya
Kita tak lagi dapat mengetahui arti hidup ini
Teruslah berjalan sendiri tanpa tujuan
Kelamnya hitam kan menyelimuti kita


Akhirnya satu hal kusadari
Hanya Tuhan yang sungguh mengerti,
Tentang semua arti kehidupan ini..
Kekosongan hati ini, Tidak lagi diisi dengan benci..
Tak ada yang lebih murni
Dari kesucian cinta Ilahi..

(Nukilan ini menjawab puisi Nuansa Kembara
“Bukan Mudah”)

AA
31012014





~~MUKA SURAT CINTA~~

Kutulis surat ini.
Wahai, dik sang dewi.
Aku cinta kepadamu.

Tersadar bahwa aku adalah Adam
Masih suara berkumandang azan,
Melantunkan pujian terhadap tuhan
 Bersamaan burung samudera, datangnya rentetan
 Seakan menyapaku, mencengkram langit senja.

Dan aku adalah bagian dari sebuah pertanyaan..
Dan apakah cinta ini memang harus di katakan..
Dan inilah ungkapan kejujuran hatiku...
Mungkin aku terlalu romantis
Dan aku juga terlalu puitis
Aku mampu buatmu menangis
Tapi,aku bukanlah orang yang sadis

Jika aku adalah seekor merpati meninggi..
Akan mengungkapkan dengan hati..
Untuk semua cinta yang pernah ku lalui..
Aku adalah bagian dari sebuah teka-teki.
Yang jika tak terjawab dengan mudah akan mati..

Menyuburkan ilham seniku
Engkau sumber inspirasiku
Aku pernah menjadi apapun untuk mengerti..
 Bahwa cintaku akan  ku miliki..

Wahai dik sang dewi.
Ketampanan yang rupawan,
 Ketinggian derajat yang terkadang melalaikan.
 Hati ini terlanjur berlabuh di dermaga hatimu,
 Dan ku ingin kau ikat dengan balutan kasih yang erat.

Disetiap aliran darahku
Disetiap hembusan nafasku, hanya ada bayangmu
Dan seiring berjalannya waktu
Kau semakin larut ke dalam duniaku

Wahai bulan wahai malam
Saksikanlah seorang insan yang sedang dilamun cinta
Saksikanlah seorang insan yang sedang dilanda asmara
Dimana dalam setiap tarikan nafasnya
Dan dalam setiap denyutan nadinya

Allah berfirman di surah Al A’raf 188.
Untuk mendapat satu kebaikan
Dan menolak satu keburukkan
Aku menadah tangan,dengan doa Tawassul kulafaskan.
Ya Allah, engkau kabulkan doa ku dengan haqnya Muhammad saw.


AA
02012014