Asalamualaikum

Asalamualaikum

Wednesday, 19 March 2014

~~PUISI TERAKHIRKU~~

Jika ini puisi terakhirku.
Perlahan meninggalkan ku.
Yang pernah kuraih dahulu.
Untuk aku memperbaiki diriku.

Wahai kawan,teman yang paling setia adalah pena
Yang takkan berdusta pada setiap keluh kesah kita
Yang takkan pernah bohongi setiap resah gelisah
Karya setiap insan yang berjiwa seni.

Tanpa aku sadari
Kebisuan  telah menyiksa batinku.
Lelah untuk mengejar harapan itu
Aku akan pergi dari hidupmu.

Aku bisu
Tangisku tidak akan  berarti bagimu
Ketidak pedulianmu membakar semangatku.
Kau adalah orang yang mematahkan semangatku.

Biarlah perasaan ini terpendam
Sampai akhirnya, tinta ini kan berhenti menetes
Di satu kalimat yang bertitik .
Mungkin lewat puisi ini

Aku ungkapkan rasa hati
Yang selalu memuja dan mengharapkanmu
Untuk jadi pelengkap hidupku
Aku hanyalah lelaki akhir zaman.

Tidak punya cita-cita dan masa depan
Mungkin lewat puisi ini.
Ketika ku rasa lelah tanganku menulis.

Maafkan atas kekhilafanku
Sekiranya bebanan terpikul dibahumu
Andainya kekeliruan bercambah dihatimu
Izinkan pemergianku..

AA
15032014



~~WAHAI ANAKKU~~

Sedari lahirmu dirahim IBU atas takdirmu.
Di usiamu yang masih terlalu pagi.
Namun tak pernah bisa tuntas
Menghapus air mata ibu.
Sebab menatap paras kanakmu.
Beranjak meninggalkanmu.
Waktu terus berkemas
Meninggalkan kenangan yang berserak
Mengunyah sisa mimpi
Dalam pengembaraanku yang gamang
Kulipat sisa kepedihan
Tak lagi terbuka untukku

Dapat kulukis selarik pelangi
Di sudut hatiku yang paling sepi
Kemana lagi kutanamkan gelisahku
Selain di ladang-ladang puisi

Mengenangmu  ANAK KU.
Yang selalu berwarna bagai kupu-kupu
Yang senantiasa mengharu biru perasaanku
Adalah mengenang kerinduan
Yang tak pernah sempat kukabarkan kepadamu
Mengenang sepenggal waktu

Aku tak sekuat dahulu
Umurku bertambah semakin tua
Kalau kakiku mulai tak kuat dahulu.
Tolong papah aku
Tolong bantu aku
Jangan marahi aku
Bersabarlah untukku
Jangan sebut aku tuli dan sibuta
Bersabarlah atas kekuranganku
Dan surga akan kupintakan Yarhamukallah anakku.

Sudah banyak air mata ini mengalir...
Tak terhitung berapa kali tangan ini menadah berdoa
Hanya untuk mu anak ku...
Tidak ku meningalkan banyak harta,
Hanya budi bahasa,dan agama.

Bila kakiku sudah berat untuk melangkah
Hulurkan saja kedua tanganmu,
Seperti aku lakukan ketika membimbingmu pada langkah pertamamu.
Suatu hari nanti kau akan tahu,
Di samping kesalahan-kesalahanku
Aku ingin melakukan yang terbaik untukmu

Kau tak harus merasa sedih,
Cobalah untuk mengerti dan bantulah diriku,
Seperti aku lakukan padamu
Didiklah anak anak mu.
Satu hari nanti ,kamu terasa seperti ku.

Usia bagiku bukanlah hidup tapi hanyalah bertahan hidup.
Bantulah aku berjalan, tolonglah aku pada akhir hayatku.
Aku akan memberimu senyum dan cinta tak terhingga,
Yang selalu kumiliki hanya untukmu.
Semoga Allah swt tetap bersamamu.

AA
13032014




~~ISLAM DENGAN TRADEGI~~

Membicara Qadha dan Qadar rukun islam ke enam.
Tertulis di kitab Lauh Mahfudz,50  ribu tahun dahulu.
Takdir Qadha dan Qadar rahsia Allah.
Pada sisi Allah adalah kunci ghaib.                                

Mafatih kunci kunci  semua yang ghaib.
Lihatlah perkara perkara ganjil akhir zaman.
Tiada beriman pada perkara ghaib.
Firman Allah dikitab “Alif Lam Min”.

Berubah takdir hanya doa dan ikhtiar.
Bersabar semasa musibah.
Bersyukur dalam kesenangan.
Siapa pun akan menangis bila ditimpa musibah.

Selaku umat islam yang wajib yakin kasih sayang Allah.
Namun ketika musibah melanda diri.
Mungkin hati kecil kita bertanya mengapa?
Takdir Allah pasti mengandongi banyak hikmah.
Istilah buruk,hanya dalam rumus fikiran manusia.

Bila Allah menguji orang islam dengan tragedi
Maka mereka misti lihat dengan mata hati.
Memikir dengan akal agar tercungkil hikmahnya.
Bahawa musibah adalah sebahagian ujian.
Yang pasti menimpa manusia Sunnatuallah.

Musibah ditakrifkan tidak disukai manusia.
Allah pasti akan menguji,sesuatu kita tidak sukai.
Tidak bolih mengelakkan diri,tapi bolih mampu mengubah.
Merasai hikmah dan bertindak selaras dengan hikmah.

Umat Nabi Nuh ditenggelamkan banjir.
Fir’aun ditenggelamkan dilaut merah.
Namrud yang dibunoh nyumuk.
Qarun yang ditelan bumi.

Antara mereka yang ditimpa bala didunia.
Andaikan tiada musibah didunia.
Tentu pada hari kiamat,datang tampa pahala.
Bermuhasabah terhadap diri sendiri.
Tampa menunding jari.

AA
12032014

~~CINTAKAN MEKAH~~

Tak kenal maka tak cinta.
Inilah ungkapan perpatah melayu kita.
Cinta teragung jiwa umat islam sedunia.
Kecintaan kepada yang maha esa.
Tempat inginkan pengampunan dosa.

Mekah dulu kini dan selamanya.
Terpahat dihati rindukan ketenangnya.
Keamanan yang dijanjikan Allah Ta’ala.
Ayat 97 Ali Imran surah nya.

Tanah haram pilihan Allah dan rasulnya.
Tempat paling dicintai dibina mercu tanda.
Menjadi kiblat penyatu ibadah umat islam sedunia,
Terhimpunnya hati hati manusia.

Aman sentosa dari pertumpahan darah sesama manusia.
Hingga pepohon dan tumbuhan diharam memotongnya.
Begitu juga burung berkeliharan bebas juga.
Tidak juga menghalau dan mencegahnya.

Semua elemen keamanan rapi dipelihara.
Tidak dimasuki kafir, Dajjal,dikawak malikat.
Kelebihan beribadah dan pahala solat.
Lebih afdhal dari seratus ribu kali solat.

Tempat lahirnya Nabi penghulu sekelian nabi.
Tempat umat islam menunaikan manasik Haji.
Tiada sesiapa masuk kecuali rendah diri.
Tempat paling dikehendaki dan digesa.

Solat satu waktu nilai 55 tahun 6 bulan 20 hari.
Solat lima waktu nilai 277 tahun 9 bulan 10 hari.
Subahanallah,begitu besar ganjaran diberi.
Puasa sehari umpama seratus ribu hari.

Sabda Rasuallah saw.
Ketika berdiri diatas Al-Hazwarah.
Demi Allah sesungguhnya engkau ini  Mekah
Adalah sebaik baik tempat dibumi Allah.
Dan tempat yang paling dicintai Allah.
Sekiranya aku tidak disuruh keluar hijrah.
Nescaya aku tidak akan keluar. (Riwayat al-tirmizi).

AA
02032014.


~~JANGAN BERSEDIH~~

Aku merasa terbiasa dengan kesendirian.
Tiada aku khuatir perpisahan.
Walaupun telah aku ditinggalkan
Perbuatan yang sangat menghinakan.

Segala sesuatu telah ditakdirkan.
Mencela atau meninggalkan.
Takdir akan terus berjalan.
Sebagaimana jarum menusuki lubang jahitan.

Masa telah melemparkanku pada malapetaka.
Hingga hatiku terasa bagai tertikam anak panah.
Hancur lebur hatiku hingga berkeping keping.
Saat anak panah itu meghujam ke dadaku.

Meskipun aku seorang hamba.
Hitam kulitku seada.
Ketika ku lihat uban.
Mulai menghiasi jambang dan kepala.

Seluruh dunia terasa sejatera
Tetapi tidak bagiku yang tua renta.
Nasib buruh menimpa.
Sebagai orang buta didunia.

Bagaikan seorang telah wafat
Tetapi namun dianggap masih hidup.
Bagiku bukan lah satu yang memalukan.
Masih mempunyai kewibwaan dan ketaqwaan.
Sebagai pahala, modal dan penjagaan
Sedangkan ketiga tiga hal sangat memerlukan.

Ilmu penyuluh kehidupan
Amal bekalan perjalanan
Akhlak peribadi jiwa dan hiasan.
Akhirat sudah satu kepastian.

Aku tahu bahawa Tuhan memiliki kekuasaan.
Tidak melepaskan diri ku dengan kesediahan.
Sebab tiada satu yang terus menetap.
Ku harap Allah melihat ku dengan penoh kerahmatan.


AA
01032014

~~BAHASA CINTA AYAH~~

Ayah disisi ibu menunggu kelahiran.
Nikmati tangisan
Lalu azan di telinga kanan.
Iqamat di telinga kiri.
Ukirkan kalimah tauhid kanvas dihati.

Lalu bermulalah kembara anak di alam dunia.
Satu kembara yang panjang.
Bagi mereka yang alpa,masa terbuang sia sia.
Satu kembara yang pendek.
Bagi mereka yang cerdik,masa akan terisi dengan baik.

Si ayah susah payah berkerja.
Mencari rezeki untuk keluarga.
Membanting tulang selagi bernyawa.
Menuturkan bahasa kasih dan sayang.

Ayah berbicara bukan dengan perkataan.
Bukan juga dengan lisan.
Bahasa cinta ayah ialah dukungan dan pembelaan.
Ayah bukan tidak punya cinta.
Bukan juga rasa gembira.
Sibuk mencongak perbelanjaan.
Bahasa cinta ayah melalui tindakan.

Ibu tidak seperti itu.
Ibu mampu meluahkan.
Bicara yang tidak menjemukan.
Leteran,ingatan dan kerisauan.
Bolih jadi berjela jela panjang.
Cinta ibu diluahkan dan diletuskan.
Melalui bujukan kemarahan dan belaian.

Namun ayah tidak begitu.
Ayah hanya berada di belakang  tadbir ibu.
Kalau kita jauh ayah jarang buat panggilan
Ibu yang lebih kerap lakukan.
Tapi ayah yang mengingatkan.
Supaya membuat panggilan.

Ayah kadangkala kelihatan keras.
Ayah melatih tampa letih.
Kita dibimbing tampa jerih
Jika ada orang yang paling risau
Ayah lah orangnya.

Kita tidak faham erti disebalik kekejamannya.
Sedangkan atas kebimbanganya.
Itu lah ayah bertindak begitu.
Agar ketika dia tiada nanti.
Mampu menyelamatkan diri sendiri.

Bila pulang sekolah bawa laporan peperiksaan.
Yang memberangsangkan.
Ayah menyambutnya dengan selamba.
Pujian yang diharap tidak kedengaran.

Namun Hati Kita kemudian terubat.
Ayah membanggakan kita didepan ibu.
Tampa disedari kita dengar pujian.
Rupanya  ayah memuji dalam sembunyi.

Pujiannya bagai menyiram air keatas benih.
Tidak terlalu banyak,nanti benih mati terhenyak.
Tidak terlalu sedikit,nanti benih mati kehausan.
Ayah punya cara sendiri untuk memuji.

Tiba saat berpisah kita perlu meninggalkan.
Ayah menemani kita di perhentian.
Kita lihat wajah ibu mendung menitis air mata.
Namun ayah masih begitu begitu jua.
Menghulurkan tangan kita mencuimnya.

Ayah berpaling dan pamitan.
Ketika wajah ibu masih merenung di kejauhan.
Dengan lambaian tangan yang sangat sayu pandangan.
Ayah pula terus kehadapan.
Seolah olah tidak tergores oleh perpisahan.

Namun berminggu minggu kemudian.
Rahsia ibu membocorkan.
Ayahlah paling kerap menjengah bilik tidor,katil kita tinggalkan.
Menyebut makanan kesukaan.
Ayah jadi seorang perindu kata ibu.

Itulah ayah yang kesedihan dan kesunyian.
Tetapi tidak mempamirkan.
Cinta bukan dilukis oleh warna yang bolih di sentuh mata.
Tetapi hanya dapat dibaca oleh rasa.
Rindu ayah tidak kurang dahsyatnya,rindu ibu.
Tetapi ayah lebih mampu menyembunyikan.

Sewaktu kita hidup berbagai kesusahan
Ayah datang  disisi dengan pelbagai bantuan.
Ayah tidak akan pernah meninggalkan
Ketika hilang keyakinan dan kepercayaan.
Ayah tetap berdiri memberi sokongan.

Dialah jeneral yang terus berpesan.
Kepada kita perwiranya.
Anakku…
Kamu hanya kalah dalam satu pertempuran.
Bukan dalam satu peperangan.
Kata itu si anak bangkit untuk mencipta kemenanggan.

Ketika diajak makan besar direstoran mewah.
Menyambut kejayaan anak.
Ayah mengingatkan kepada ikan kering,pucuk paku,pucuk ubi.
Yang menjadi juadah kita dikampong.

Ketika kakinya melangkah ke banglo vila anaknya.
Yang terserangam gagah,ayah bertanyakan.
Tentang cangkul,sabit untuk meratakan
Dan menebas lalang.

Anak bertanya mengapa ayah..?
Tidak kah ayah suka dengan kejayaan.
Anak lupa baca peringatan ayah.
Ayah mengingatkan tentang nilai kasih dan sayang.

Pengkorbanan dan persaudaraan.
Agar jangan dihakis oleh kemewahan,duniawi.
Semakin tua ayah semakin tersirat.
Mengingatkan kita tentang ukrawi.

Apabila ayah pergi.
Pentas kasih sayang itu jadi kosong.
Kehilangan suara yang jarang kedengaran.
Hilang tangan kasar yang penuh kasih.
Wajah budinya,dan renungan matanya.
Belitan urat di lengan kendurnya.
Rindu ini pilu ingin bertemu kembali.

Tidak sempat kita balas ayah pun pergi.
Biarlah dia beristirahat disana.
Sebagai anak berharap dan berdoa.
Semoga bertemu ayah di syurga.

Pujian jarang diluahkan.
Kebanggaan ada kalanya tidak bersuara.
Bersyukur kepada Allah dengan mengasihi ayahmu
Selagi ayah mu masih ada.

AA
28022014





~~LAGENDA AL-KUBRA~~

Siti khadijah Al-Kubra.
Budiman,bangsawan kaya raya.
Ibuanda pertama orang orang beriman.
Perempuan anggun nan cantik rupawan.

Sri kandi anggun nan bangsawan.
Tiba tiba tertegun dan tercenuang.
Benar benar bingung dan limbuang.
Menolak lamaran para tokok dan hartawan.

Siti khadijah bergelar puteri quraisy.
Seorang ibuanda kepada putra puteri.
Hasil perkahwinan bekas kedua suami.
Apa sesungguhnya sedang terjadi.?

Menanggung beban gelagah hati.
Fikiran menggelisahkan diri.
Perempuan anggun sedang diterpa penyakit cinta.
Terhadap Rasuallah saw,anak muda.

Anak muda nan tampan santun,ramah dan berkhlak mulia.
Nafisah munabbih menyergapnya.
Tersentuh hati anak muda Muhammad bin Abdullah.
Yang masih belum diangkat utusan Allah.

Siti khadijah binti khuwailid,Nabi bertanya.
Bagaimana aku dapat menikahinya.?
Terbayang di pelupuk mata dan fikirannya.
Tapi dia segera berhenti angan angannya.

Khadijah memanggil anak muda dating kepadanya.
Wahai putra pamanku.
Aku mencintai mu,kerana kebaikanmu kepadaku.
Segala urusan di tengah masyarakat dengan sikap nan bijak mu.
Aku menyukaimu kerana engkau dapat diandalkan.
Juga keluhuranmu,akhlak dan kejujuran perkataanmu.

Penggalan kasih cinta khadijah Al-Kubra.
Dipergunungan Tauras sebelah utara.
Sinai sebelah selatan antara laut putih.
Sebelah barat sungai Enfrat padang pasir.

AA
24022014