Asalamualaikum

Asalamualaikum

Thursday, 30 January 2014

~~Alam yang hakiki..~~

Fikiranku selalu bermain di setiap hening pagi..
Masih saja diberikan nikmat yang membuat aku bernafas sendiri..
Dan pasti aku makin saja memikir setiap yang perlu dihadapi..
Mungkin saja aku ingin lari,dan terus berlari..
Meninggalkan semua yang perlu aku hadapi..

Al- Baqarah :153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman!
 Mintalah pertolongan
 (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan
sesuatu perintah Tuhan)
 Dengan bersabar dan dengan (mengerjakan)
 Sembahyang; kerana sesungguhnya Allah
 menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Wahai ikhwan,kamu selalu bersama kami.
Namun ku lihat engkau mendustakan diri sendiri.
Masih meragui dengan setiap janji yang diberi..
Padahal jelas terbukti setiap yang engkau akan hadapi.
Masihkah engkau ingat setiap lafaz yang dijanji.
Bukahkan kita semua sanggup menghadapi.
Ingat! walaupun jiwa disakiti, sakit dihati..
Setiap cabaran dan ujian yang datang bukan kita kehendaki.
Ketahuilah semua itu sunnahtullah buat kita yang merindui.

Namun fikiranku jauh sekali memhami.
Melihat ramai yang hanyut di buai mimpi.
Sedar malamnya siang beranganti.
Sihatnye hingga merasai saat tidak berdaya lagi.
Semuanya kabur bagai lupa pada janji.

Saat manisnya dunia dirasa seperti hakiki.
Tidak merasa diri yang berjalan di atas sebuah titi.
Mugkin jauh melupai, saat dekatnya mati.
Ayuh lihatlah dengan mata hati...dunia sebenar yang hakiki.
Satu perjanjian yang pasti...dan pasti tidak seorang yang melepasi.
Melainkan dirinya benar di jalan yang diredhai.

Aku menulis namun jauh lagi mengerti.
Bahkan tewas dalam mencari.
Semoga kekuatan itu tetap dihati...
Allah kuatkan semangat mu ini.
Yang semuanya bersandar kepada rabullIzzati.
Yang Maha memberi lagi mengasihani.
Amin Ya Rabbi.

AA
26012014

No comments:

Post a Comment