Asalamualaikum

Asalamualaikum

Thursday, 30 January 2014

~~KISAH RASUALLAH SAW MEMBUANG NAFSU~~

Manusia dan nafsu tidak bolih di pisahkan..
Nafsu mendorong manusia dengan tindakan..
Demi nafsu manusia berjuang,akibat nafsu manusia kelalaian..
Nafsu beraja dalam hati membuat manusia lupa diri..
Ramai manusia tergelincir di lembah kehinaan..
Hidup menjadi pak turut,hawa nafsu kerana perut dan kemaluan..

Sepanjang penghidupan baginda saw yang mulia..
Di bedah malaikat Jibrial sebanyak tiga kali dadanya..
Kali pertama di bedah semasa 9 tahun usianya..
Semasa baginda bermain dengan kanak kanak sebaya dengannya..

Malaikat memeluk dan membaringkan nya..
Mengeluarkan segumpal daging dari jantung baginda..
Seraya berkata malaikat, ini lah bahagian syaitan ada..
Di basuh dengan air Zam Zam dalam bekas emas..
Setelah itu di kembalikan ke tempat asal nya..
Lalu di saksikan olih Halimatus Saadiah..
Belahan dari bawah tengkok hingga perut baginda..

Kali kedua di bedah baginda saw yang mulia..
Sewaktu baginda menerima wahyu di gua hira..
Pertemuan jibrial digua hira dengan baginda....
Dalam ketakutan baginda pulang untuk bercerita..
Kepada Siti Khadijah isteri nya..

Baginda melihat di dada langit ada dua malaikat..
Jibrial dan Mikail turun bertemu baginda..
Sekali lagi baginda di belah dadanya..
Untuk membuang kotoran dari jantungnya..
Setelah di cuci di kembalikan ke tempat asalnya..
Kemudian baginda di suruh baca iqra..

Dan untuk kali terakhir nya
Baginda saw di bedah sebelum di angkat ke langit bertemu Allah Sidratul Muntaha..
Peristiwa di saksi sendiri Rasuallah dengan sendirinya..
Baginda di bawa terbang  ke Baitulmuqaddis dengan Buroq..

Penyucian hati penting membentuk sifat mahmudah dalam jiwa..
Soal ini memberi pengajaran bertapa serius penyucian jiwa..
Syaitan terletak di jantung semasa kejadiaan manusia..
Penyucian jiwa agar sifat fitrah tidak menjadi ketara..

Kulub atau qulbu bukan nya hati tapi jantung..
Firman Allah dalam kuran surah Al Hajj ayat 46,
Bahagian syaitan yang di buang bukan nya nafsu..
Tetapi berkait dengan ruh..
Nafsu itu nikmat,dan manusia perlukan nya
Hanya perlu kawal semoga tidak bermaharajalela..
  
Pepatah mengatakan “dari mata turun ke hati”
Tanya lah hati apa yang di cari
Atau soal hati dan makan hati..
Perasaan yang timbul dari jantung bukan nya hati..
Jaga lah hati ,sucikan lah hati kerana Allah memerhati..


AA
250120

No comments:

Post a Comment